Thursday, February 26, 2009

UTUSAN 21 Februari 2009

HusamWaksa jadi pengeluar pertama kek keju cawan


HUSAM Shuhaimi Waksa menunjukkan kek keju yang mula dijual di Pulau Pinang dan akan dipasarkan dibeberapa negeri lain.


PULAU PINANG 20 Feb. - Husam Waksa Sdn. Bhd., (HusamWaksa), syarikat pengeluar kek keju cawan bumiputera yang pertama di negara ini, berhasrat meluaskan perniagaan ke seluruh negara sebelum akhir tahun ini.

Pengarah Urusannya, Isa Al-Husam Shuhaimi Waksa berkata, peluasan itu dibuat berikutan sasaran jualan pihak syarikat mencapai 100,000 kotak untuk penggal pertama tahun ini.

Beliau berkata, Isa Al-Husam Shuhaimi Waksa berkata, produk HusamWaksa didatangkan dalam bentuk cawan dan boleh dinikmati oleh sesiapa dan di mana sahaja kerana ia dijual pada harga yang berpatutan iaitu RM4.90 secawan berbanding produk pesaing yang berharga lebih RM6 secawan.

Katanya, HusamWaksa juga menghasilkan kek keju berkualiti tinggi kerana hampir keseluruhan keknya setanding dengan produk yang dihidangkan di kafe ternama seperti Secret Recipe, Starbucks, hotel mahu pun restoran.

Beliau mendakwa terdapat kek keju di pasaran sekarang yang menggunakan gelatin dalam ramuannya dan pada masa sama ada juga pengeluar yang mendakwa produk mereka sebagai kek keju berkrim sedangkan ia sebenarnya adalah kek span.

''Kek keju HusamWaksa ini menggunakan adunan resipi khas yang dicipta sendiri bagi memastikan rasa serta kualitinya memenuhi cita rasa tempatan selain diadun supaya tidak memuakkan sesiapa yang memakannya.

''Proses penyelidikan dan pembangunan ke atas produk ini memakan masa lebih tiga bulan dan hasilnya kami telah memperoleh 20 resipi berbeza, namun buat masa ini syarikat mengeluarkan tiga perisa terlebih dahulu iaitu coklat, strawberi serta blueberry.

''Dulu, apabila hendak makan kek keju kita kena pergi ke kafe-kafe tetapi dengan produk kami, kek keju boleh dinikmati di mana sahaja sebab ia dibungkus dalam cawan plastik beserta sudu kecil, macam makan aiskrim, mudah hendak makan'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Kek Keju HusamWaksa yang seberat 70 gram setiap cawan dihasilkan menggunakan teknik sejuk beku melibatkan suhu -18°C dan mempunyai jangka hayat selama setahun serta mendapat kelulusan pihak berkuasan berkaitan.

Isa Al-Husam berkata, kek keju keluaran syarikatnya itu diharap dapat mewujudkan fenomena baru di negara ini berbanding minat orang ramai yang hanya tertumpu kepada kek biasa menikmatinya.

''Produk seumpama ini mendapat sambutan menggalakkan di beberapa negara maju seperti di Amerika Syarikat, Jepun dan beberapa negara lain di Eropah dan saya yakin ia dapat diterima di negara ini memandangkan gaya hidup masyarakat sudah berubah dan bercita rasa tinggi.

''Berdasarkan maklum balas, melalui promosi yang betul dan berkesan, kek keju ini diyakini laris di pasaran tempatan mahu pun antarabangsa,'' kata beliau.

Mengulas lanjut, Isa Al-Husam berkata, syarikat itu telah merangka pelan bersepadu untuk memasuki pasaran seluruh negara dalam masa terdekat dengan menawarkan peluang perniagaan kepada usahawan muda menerusi pelan perniagaan ala francais atau perkongsian pintar.

Katanya, syarikat itu menawarkan pulangan keuntungan yang tinggi dengan modal permulaan serendah RM1,570 kepada mana-mana individu atau syarikat yang berminat selain mendapat tunjuk ajar serta latihan.

''Dengan modal RM1,570, usahawan akan dibekalkan dengan sebuah peti ais sejuk beku, material produk, stok pertama serta beberapa barangan promosi lain untuk memulakan perniagaan dan juga aspek pengurusan,'' kata beliau.

Katanya, buat masa ini, kek keju HusamWaksa hanya boleh di dapati di kafe-kafe dan restoran terpilih, pasar raya dan kedai serbaneka tertentu di Pulau Pinang dan lebih ramai usahawan diperlukan bagi meluaskan pemasaran produk berkenaan.

3 comments:

Niniekartini said...

Assalammualaikum En. Isa. Tahniah kerana berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya. Saya kagum dengan semangat dan usaha encik.

Saya berminat untuk menjadi seperti encik. Mempunyai perniagaan sendiri,menjana pendapatan untuk kemudahan dan kesenangan keluarga saya. Boleh encik Isa berikan panduan bagaimana saya boleh menyertai encik dalam perniagaan Kek Keju Cawan ini dan benarkah hanya dgn bermodalkan RM1500 sudah memadai?

Yg berminat,
Kartini Mustakim
kartini.mustakim@gmail.com
ninie_6mawar@yahoo.com
012-9719831

dd said...

salam..sy pernah bc psl kek ni dlm paper..past try cr kt kedai x pnh jmp..last2 td g kafeteria bangunan persekutuan ada banner kek ni..try tny tokei dia ckp x der la plak..x dpt la nk merasa..hehe..kt mn lg yer ada jual kek ni..dh lama nk try tp x pnh dpt..

Unknown said...

en isa, kt selangor or kl takde ker? very interesting and would like to try coz i really like cheese cake!