Monday, March 2, 2009

Alahai MANJAnya....

Tadi saya didalam perjalanan bersama Linda dan kemudian ketika sampai ke selekoh berdekatan Bandar Tasik Permaisuri saya mencadangkan kepada Linda untuk 'pekena' SUP MELETHOP. Sup ala utara yang memang diusahakan oleh orang dari Kedah. Memang sedapnya supnya sampaikan jika saya pulang ke KL sup melethop pasti menjadi antara makanan idaman yang wajib dijamah.
Dalam perjalanan saya ada menceritakan perbualan saya bersama seorang rakan semasa di Jusco AU2.
Kata saya, ramai kawan kawan sering mengatakan bahawa saya bertuah kerana mempunyai jaringan 'networking' yang bagus. Kerana itulah mudah bagi saya untuk menjalankan perniagaan mahupun apa apa projek.
Ini semua kerana keluarga saya maka mudahlah saya mendapatkan network. Saya agak kecil hati sebenarnya melalui telahan sedemikian. Bahkan telahan tersebut sebenarnya salah.
Sebelum ini saya mungkin hanya menikmati sahaja faedah faedah atas dasar mengenali atau mempunyai networking tanpa menyedari puncanya. Tetapi baru baru ini saya pernah terfikirkan faktor faktor yang sebenarnya membantu saya mendapatkan networking tersebut. Dari manakah sebenarnya saya kenali mereka semua yang sememangnya saya kenali dan rapat sehingga hari ini?!
Saya bermuhasabah......
Saya adalah merupakan anak bongsu didalam keluarga saya... dan disebelah bapa saya saya juga merupakan cucu bongsu bagi ahli keluarga saya di Malaysia.
Bongsu ini sering dikaitkan dengan perkataan MANJA. Sebenarnya saya suka memegang title ini kerana title inilah yang membenarkan serta menghalalkan saya untuk menerima duit raya yang sangat lumayan ketika zaman kanak kanak. Title inilah juga membuatkan saya sentiasa mendapat perhatian istimewa dalam semua hal.
Tetapi masalahnya title ini juga membuatkan saya kadang kadang juga dilihat sebagai masalah, tidak berdikari dan sebagainya.
Maka denga sifat manja ini sudah sebati serta menjadi sebagai karektor diri saya.
Secara tanpa disedari saya menjadi manja dengan sesiapa sahaja, tetapi mungkin metode dan konteksnya berlainan. Saya menjadi manja dengan pembesar, saya menjadi manja dengan orang orang penting, saya menjadi manja dengan usahawan dan tokoh yang berjaya. Dan sebenarnya ia tidak berhenti disitu. Saya akan manja dengan isteri/suaminya, anak-anak, rakan-rakan dan seterusnya.
Manja disini maksudnya begitu rapat.
Saya akan selalu bertanya khabar walaupun tanpa apa tujuan penting. Saya akan membawakan ole ole dan sebagainya. Semua ini bukan dirancang tetapi menjadi karektor semulajadi saya. Saya juga sering menjadikan mereka sebagai tempat saya merujuk untuk sebarang masalah dan mendapatkan nasihat. Akhirnya dek kerana manja dan kasih sayang... maka mereka akan membantu saya sedaya upaya.... kadang kadang akan marahkan saya kerana juga sayang.
Selalunya sewaktu mengenali seseorang saya sentiasa melihat orang tersebut sebagai seseorang yang rapat dengan saya. Contohnya saya ada mengenali seorang wartawan. Yang pastinya wartawan tersebut adalah lebih berumur berbanding saya. Maka secara tidak langsung saya menganggap beliau sebagai kakak saya walaupun saya tidak menyatakannya. Apa yang saya dapat sedari adalah secara tidak langsung ia memberi mesej yang sama kepada penerimanya. Natijah daripada keadaan tersebut menyebabkan kami rapat. Begitulah juga dengan yang lain lain.....
Satu lagi karektor yang saya katakan sebagai aneh ialah saya lebih suka untuk mengelakkan memanggil seseorang untuk memanggil berdasarkan panggilan pangkat. Mungkin pada awal perkenalan saya memanggil dengan gelaran tersebut, tetapi setelah beberapa ketika panggilan Tuanku, Tun, Tan Sri, Dato, Datin, Puan, Encik, Doktor dan sebagainya akan hilang secara perlahan digantikan dengan Auntie, Uncle, Paklong, Kakak, Abang bahkan Mama dan Abah.
Ini juga bukan dirancang tetapi mereka sendiri membahasakan diri mereka dan kadang kala diminta untuk dipanggil sedemikian.
Saya rasa ia berkait rapat dengan karektor manja tadi.....
Karektor manja sebenarnya bukan dibuat buat... kalau dibuat orang penang kata gedik.... tetapi manja sebenarnya boleh dipupuk.
Pendapat saya manja itu adalah sifat yang indah kerana orang Melayu sememangnya manja.
Yang pasti salah kiranya manja dikaitkan dengan 'unindependent' tetapi manja sebenarnya lebih tepat sebagai 'emotionally attached'.

1 comment:

Unknown said...

PENDAPAT YANG BERNAS DAN BERKUALITI.....NAMUN YANG PASTI MANJA TETAP COOL...sriteja291