Thursday, February 26, 2009

Antara Peluang dan Peluang


Jam 1.30 petang saya memecut kenderaan ke The Curve untuk berjumpa kawan saya juga merangkap GM Deligateaux. Katanya beliau ingin saya sertai mereka minum minum disana.

Sesampai saya disana saya kelihatan seorang lelaki di pertengahan umur, tetapi lagak masih muda sedang menunggu. Kami diperkenalkan, lalu bingkas Linda bangun untuk memesan makanan. Big Apple Doughnut. Francais yang semakin mendapat tempat dinegara ini setelah Dunkin Donut telah lama memonopoli industri donut negara.

Saya teringat semalam ada yang meramalkan Dunkin Donut akan mengalami penurunan atau mungkin juga terjejas dek kerana munculnya francais francais baru didalam bidang yang sama malah berkembang dengan pesat.

Saya difahamkan beliau adalah salah seorang bekas top executive di syarikat francais 1901. Beliau memulakan bicara setelah kad bisnes saya hulurkan. "You've diversified in few bisuness yah" ujar beliau. Saya sambut dengan mengatakan kad saya lebih kepada kad koktel, semuanya disumbat dalah satu kad, mudah sekiranya orang bertanya tak perlu menjawab panjang.

Hmmmm didalam hati, eh kena percepatkan proses membuat kad baru. Biar lebih terurus. (mungkin bab kad kita sembang diwaktu lain)

Kemudian tiba En. Razif. Salah seorang pengarah Deligateaux. Rambut lurus ala ala rambut cina dan putih semuanya. Walaubagaimanapun tetap kena dengan gayanya. Pada awalnya saya kurang perasan bahawa beliau adalah En Razif tetapi setelah beberapa ketika barulah saya sedar.

Dari satu bab ke satu bab....

Tujuan kami semua bertemu sebenarnya ingin mendapatkan sedikit nasihat tentang memfrancaiskan bisnes kami. Ideanya ada tetapi teringin juga mendengar daripada orang dalaman sendiri yang sememangnya berpengalaman bak kata the real player.

Dalam berbincang hal francais saya dapat mengenali bahawa En Razif adalah orang yang aktif dan ambil tahu dalam hal stok. Mungkin jika tidak salah tanggapan saya beliau juga adalah broker saham.

Soalan terpacul.... dimana cadangan lokasi....

Secara spontan En Razif menjawab di shopping mall. Itulah lokasi terbaik. Kalau kedai rasanya tidak sesuai. Itu juga jawapan yang terlintas didalam fikiran. Saya lebih kepada pendengar dan pasif kerana masing masing boleh saya katakan lebih senior daripada saya. Lebih baik mendengar ketika itu....

"Kalau lokasi shopping mall selalunya the best location has been taken already, and it is not cheap though"

"Well, since that the economy will be hit and soon it is coming... it is really coming to us(pause) .....i beleive most businesses will be shut down. The malls will lower down their rentals. I'm confident that that is the best time for us to hit,...... yes it is risky. Gamble lah"

Hurm.... bagi saya logik juga ramalan beliau. Ketika banyak bisnes yang terpaksa gulung tikar. Pihak pengurusan shopping mall akan mengalami kesan daripada keadaan tersebut. Apa yang mereka perlu buat adalah untuk menurunkan kadar sewaan supaya dapat menarik penyewa. Ketika itu kita 'HIT'.

Tambah saya didalam hati, mungkin jika ada ruang kira boleh bermain sedikit politik disitu, maksimumkan perjanjian kepada beberapa tahun dengan kadar rendah yang ditawarkan. Sekurang kurangnya manfaat kejatuhan ekonomi memberi peluang baik kepada kita.

Kejatuhan ekonomi atau kelembapan ekonomi mungkin menyebabkan satu pihak menghadapi kesukaran, tetapi di pihak lain mungkin merupakan peluang keemasan.

Ketika kejatuhan ekonomi mungkin menyebabkan ramai yang muflis, ramai juga yang menjangkakan akan muncul jutawan jutawan baru tahun hadapan hasil daripada kejatuhan saham ketika ini.

Husam Waksa

No comments: