Tuesday, February 24, 2009

Baru-baru ini saya ada pertemuan bersama pembekal baru di Kota Damansara. Tak disangka sangka beliau ada membawa seorang rakan bersama yang sememangnya kami saling mengenali. Yang lucunya kawan saya tersebut saya kenali di Kaherah... akhirnya setelah lama disini pula baru dapat berjumpa.

Bercakap hal kerja dilanjutkan kepada hal hal lain. Saya difahamkan pembekal (Lutfi) yang lebih sekejap saya panggil Sheikh sekejap panggil Ustat sedang mengusahakan untuk membuka sebuah Maahad Tahfiz di Kota Damansara.

Sementelah tempat kami berborak amat dekat dengan lokasi Mahaad tersebut langsung terus dijemput saya untuk meninjau 'progress' kerja kerja pengubahsuaian.

Cantik tempatnya. Masih baru lagi.

'Berapa habis nih', tanya saya. 'Dah habis 50 ribu dah'.

Uh banyak tu untuk tempat sedemikian. Katanya hidup sekali, jadi dia mahu semuanya yang terbaik.

Tapi pada fikiran saya tak apalah untuk berhabisan sedemikian rupa. Bisnesnya adalah jenis memberikan perkhidmatan. Jadi akan banyak berurusan dengan orang ramai dan semestinya mereka akan menggunakan tempat tersebut. Jadi bagi saya releven untuk beliau mencantikkan tempat tersebut.

Rasanya kalaulah beliau datang ke Pulau Pinang untuk melihat pejabat urusan saya disana malulah saya. Segan nak bawa ke 'ofis'.

Saya pernah teringat sewaktu membawa kawan saya semasa baru memulakan pejabat urusan di Pulau Pinang. 'Eh 'awat' (kenapa) ofis sempoi sangat!' kata kawan saya yang saya panggil dengan panggilan Maman, terkejut kerana melihat pejabat saya yang terlalu bersederhana. Tiada hiasan hiasan apatah lagi karpet mahupun penghawa dingin.

Jawab saya kepada Maman.....

Maman, dulu masa baru mula berniaga , Husam berhabisan untuk mengubahsuai pejabat di KL. Ofis memang cantik. Tapi sayangnya perniagaan tak dapat bertahan lama.

Tapi ada satu benda yang Husam dapat belajar dari Yusuf Taiyoob. Yusuf Taiyoob bukan saja satu Malaysia produknya ada dimana mana sahaja. Malah di luar negara. Tapi cuba tengok ofis dia di King Street. Macam kedai apek sayor saja. Perniagaan berjuta juta.

Saya masih ingat kata kata Dato' Yusuf Taiyoob semasa program bersama TYT di Kapitan Keling. Buat ofis cantik cantik buat apa, bukannya ada orang nak mai (datang) pon. Kita saja nak buat kerja. Kita meniaga barang bukan buat meniaga Hotel. Tak payah cantik cantik. Yang penting bisnes jalan. Nanti sudah ok takpalah nak buat ofis macam mana pon.

Sekarang ini kalau kita melalui lebuhraya Utara Selatan, kita akan dapat lihat bangunan tersergam indah di Bukit Minyak kepunyaan YUTA (Yusuf Taiyoob) dan sebuah lagi di Pulau Pinang yang dikenali sebagai YUTA House. Itupun setelah berpuluh tahun YUTA bertapak di Malaysia.

Tetapi yang istimewanya ofis beliau di King Street tetap dengan rupa nya seperti yang saya lihat masa kecil kecil dahulu. Masih macam apek sayor, cuma signboard nya sahaja diubah.

Nota: Saya pernah terbaca seingat saya mungkin daripada Malay Dilemma karya Tun Mahathir yang bunyinya lebih kurang membawa maksud begini, orang Melayu kalau baru dapat duit lebih sedikit akan tukar kereta, cantikkan pejabat dan ubahsuai rumah berbanding orang Cina yang akan berusaha untuk membesarkan lagi perniagaa.

Fikir fikirkanlah

Husam Waksa

No comments: