Friday, February 20, 2009

PHD.... yang tradisi atau kontra

PHD selalunya dikaitkan dengan antara peringkat tertinggi dalam pengajian. Selainnya dikaitkan dengan perasaan hasad dengki. Lain tak bukan orang Melayu lah yang sering dikaitkan dengan perasaan ini.

Secara peribadi... saya rasakan PHD dikalangan Melayu hanyalah dari kelompok Melayu tradisional. Tak adillah jika dikatakan hanya orang Melayu sahaja yang ada hasad dengki terutama sekali dalam bidang perniagaan.

Saya pernah membuka restoran dan sekeliling saya semuanya adalah peniaga restoran berbangsa cina. Dalam satu kelompok saya rasa gembira kerana tidak ada Melayu disitu, jadi sementelah saya memikirkan bahawa pastinya tidak ada virus PHD.

Tetapi sangkaan saya meleset. Antara peniaga cina juga ada kelompok PHD ini. Ada juga diantara jiran jiran cina yang tidak bercakap satu sama lain. Jadi eh tak adillah kiranya yang busuk itu semuanya Melayu.

Yang sebenarnya busuk itu bukan bangsanya tetapi individu tersebut....... Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Hari ini saya baru pulang dari Jusco AU2. Kami mengadakan promosi 'Belilah Barangan Malaysia' anjuran KDNHEP. Ini pon atas jasa baik kawan saya Linda. Kalau tak kerana dia ingatkan saya jauh di Penang tak mungkin lah dapat tahu tentang program ini.

Seingat saya kelompok peniaga dan usahawan Melayu ni tak ramai. Jadinya apa apa berlaku dapat samapi beritanya. Yang indahnya... masing masing cuba berkongsi antara satu sama lain. Eh salahlah kalau kata Melayu itu kuat PHD.....

Sebenarnya orang lupa yang Melayu itu kuat dan teguh dalam amalan tolong menolong. Amalan itu juga lah terserap dalam kumpulan usahawan Melayu yang saya kenal. Masing masing cuba 'support' antara satu sama lain.

Eh busuklah kalau katakan Melayu itu semuanya busuk busuk. Sebenarnya yang busuk si pengatanya.

No comments: