Wednesday, January 14, 2009

MESRA edisi tiga


Selalunya usahawan ni akan melenting apabila orang mengatakan produk mereka tidak bagus. Paling tidak pon terasa hati. Macam isteri lah jugak. Semua orang rasa isteri mereka cun melecun. Kalau ada orang kata isteri tak cun....fuh boleh kena buku lima. Yang penting biar apa orang kata....dimataku tetap cantik.

Tapi bab isteri baguslah. Memang patut pon kena fikir isteri kita cantik. Kalau dah wujud perasaan isteri kita kurang cantik itu dah bahaya namanya tuh. Takut kalau tak bukak cawangan baru tutup pula cawangan yang ada.

Tapi bila dalam perniagaan.... apa orang kata kena ambil tahu. Tidak semestinya semua orang kata kena ambil tahu.. tetapi sekurang kurangnya mestilah kena tahu juga.

Maksudnya bak kata orang customer is always right ataupun customer is our boss.

Semasa saya dengan pegawai MESRA yang tidak mesra itu.... terasa jugalah dihati apabila mereka mengutuk ngutuk produk saya. Kalau setakat katakan harganya kurang sesuai tak apalah... tapi dah mula masuk bab kualiti dan sebagainya.... memang terasa dihati jugaklah. Mungkin mereka sudah terbiasa dengan produk Haagen Dazs dan Baskin Robin. Paling tidak pon eskrem yang mahai mahai. Maklumlah orang keel (KL) katakan. Jadi produk saya ni kira ciput ajelah....

Tapi ingat.... mereka tetap pelanggan saya. Saya memerlukan mereka untuk mendapatkan pelanggan yang berkunjung ke tempat mereka.

Mungkin setelah saya dibelasah habis habisan oleh penolong pengarah PDB, pengarahnya kasihan melihat saya yang terkulat-kulat disitu beliau mula menggunakan 'approach' yang lebih mesra....

Hurm... apa salahnya saya mendengar. Mungkin sekiranya saya berkeras dengan tahap produk sekarang maka saya hanya mampu menjual satu atau dua unit sahaja sehari. Tetapi jika saya ubah sedikit mengikut kesesuaian niche market maka saya dapat pertingkatkan jualan kepada 100 unit sehari.

Sememangnya saya ingin mengekalkan kualiti produk saya (Cheese Cake) kepada kualiti premium. Tetapi pelanggan di MESRA bukanlah pelanggan yang majoritinya premium. Apa salahnya saya ubah bentuk pembungkusan kepada kos yang lebih murah, ubah sedikit sebanyak resipi menggunakan material lebih murah. Asalkan cheese cake masih terasa cheese cake bukannya kek pandan

No comments: